ISLAND HOPPING

ISLAND HOPPING ADALAH AKTIVITI WAJIB ANDA KETIKA BERADA DI PULAU LANGKAWI.DAPAT MELIHAT TABURAN PULAU PULAU YANG BERADA DI SEKELILING PULAU LANGKAWI.

BAYARAN DAN MASA

9:30PG – 1:30PM
DEWASA:RM40.00/PAX
KANAK2:RM35.OO/PAX

PULAU DAYANG BUNTING 


Pulau ini mendapat nama daripada kisah dongeng yang kononnya pulau ini seimbas lalu menyerupai dayang bernama Mambang Sari yang ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan dia mengandungkan anaknya kerana terlampau mencintainya. Namun setelah 7 hari anaknya lahir, bayi tersebut menderita dengan penyakit yang penyakit misteri. Mambang Sari kemudiannya meletakkan anaknya ditasik itu lalu menyebabkan terjadinya lagenda tasik dayang bunting. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting. [

PULAU SINGA BESAR

DI PULAU INI MENJADI TEMPAT BERTANDANG BAGI BERBAGAI SPESIS BURUNG HELANG YANG ADA DI PULAU LANGKAWI.
BOATMAN AKAN MELEMPARKAN KULIT AYAM DI ATAS PERMUKAAN AIR DAN BURUNG HELANG BERGEGAS MENYAMBAR MAKANAN ITU.
SANGAT BAGUS UNTUK KANAK KANAK MEMPELAJARI TINGKAH LAKU BURUNG HELANG..

PULAU BERAS BASAH


Pulau ini juga sering kali dijadikan tempat nelayan berteduh ketika laut bergelora ketika mereka kelaut menangkap ikan. Pulau Beras Basah mempunyai permukaan berbukit yang menghalang tiupan angin kencang dengan itu sesuai dijadikan tempat berteduh.
Terdapat sebuah jeti dibina oleh kerajaan negeri Kedah memudahkan bot pelancong berlabuh. Pasir di pantainya putih dan halus tetapi kadang-kala terdapat anak obor-obor yang boleh menyebabkan badan menjadi gatal. Banyak kera terdapat di tepi pantai dan mengutip sisa makanan yang dibuang oleh para pengunjung. Pengunjung juga boleh menyewa paracut yang ditarik oleh bot laju dan melihat pemandangan indah pulau Beras Basah.
%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close